Powered by Blogger.
RSS

Andai syukur terangi hati

 
  
    alhamdulillah..syukur pada Ilahi kerana saya antara yang posting awal..rezki datang cepat sikit. Bila diimbau kembali kisah silam memang baru sekarang hikmahnya muncul. Benarlah kata orang, "musibah yang datang sekarang pasti ada hikmahnya namun ianya muncul sekarang..". Jika Bercakap tentang "rezeki" sebenarnya aspeknya lebih meluas. Rezeki bukan setakat dapat duit berkoyan-koyan dan tidak juga semestinya dalam bentuk harta yang harganya berjuta-juta ringgit namun hal tersebut lebih dari itu. Rezki juga boleh dikira dalam bentuk ada badan yang sihat dan sempurna, dapat suami/ isteri yang baik, dapat keluarga yang baik, dapat kerja, dapat kahwin awal, rupa paras cantik/ kacak dan banyak lagilah..tapi harus diingat bahawa rezeki itu juga sebagai ujian kepada manusia..sama ada bersyukur atau tidak?
         erm..saya mula2 posting dapat di daerah sendiri, biasanya orang lain akan melompat dengan penuh riang gembira tapiii saya pula sebaliknya. Bukan tidak mahu bersyukur tapi naluri darah muda ku sebagai seorang yang masih muda sememangnya inginkan posting di tempat yang jauh..jauh dari keluarga. Bukannya tak suka kat keluarga sendiri tapi lebih kepada ingin menambahkan pengalaman di tempat orang..alaa ayat senang nak merasa hidup berdikari la di tempat orang. Sejujurnya, bila dapat tau saja posting di tempat sendiri..perasaan bercampur baur..ada rasa gembira dan ada rasa sedih juga. Walaupun begitu saya tetap cuba terima hakikat kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi dan saya pernah rasa bersalah juga kepada Ilahi kerana jadi seperti orang yang tidak bersyukur. Apabila kesedaran muncul, barulah saya cuba untuk terima hakikat dengan perlahan.
          Insya Allah pasti ada hikmahnya..ingatlah wahai saudara sekalian, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab masih ramai lagi yang tengah tunggu rezeki dengan sabar meskipun sudah lamaaaa mereka menunggu.

p/s: tetap menyimpan hasrat untuk pindah ke tempat kerja lain suatu masa nanti...tempat kerja sekarang ok tapi tidak ok sangat la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0