Powered by Blogger.
RSS

Andai syukur terangi hati

 
  
    alhamdulillah..syukur pada Ilahi kerana saya antara yang posting awal..rezki datang cepat sikit. Bila diimbau kembali kisah silam memang baru sekarang hikmahnya muncul. Benarlah kata orang, "musibah yang datang sekarang pasti ada hikmahnya namun ianya muncul sekarang..". Jika Bercakap tentang "rezeki" sebenarnya aspeknya lebih meluas. Rezeki bukan setakat dapat duit berkoyan-koyan dan tidak juga semestinya dalam bentuk harta yang harganya berjuta-juta ringgit namun hal tersebut lebih dari itu. Rezki juga boleh dikira dalam bentuk ada badan yang sihat dan sempurna, dapat suami/ isteri yang baik, dapat keluarga yang baik, dapat kerja, dapat kahwin awal, rupa paras cantik/ kacak dan banyak lagilah..tapi harus diingat bahawa rezeki itu juga sebagai ujian kepada manusia..sama ada bersyukur atau tidak?
         erm..saya mula2 posting dapat di daerah sendiri, biasanya orang lain akan melompat dengan penuh riang gembira tapiii saya pula sebaliknya. Bukan tidak mahu bersyukur tapi naluri darah muda ku sebagai seorang yang masih muda sememangnya inginkan posting di tempat yang jauh..jauh dari keluarga. Bukannya tak suka kat keluarga sendiri tapi lebih kepada ingin menambahkan pengalaman di tempat orang..alaa ayat senang nak merasa hidup berdikari la di tempat orang. Sejujurnya, bila dapat tau saja posting di tempat sendiri..perasaan bercampur baur..ada rasa gembira dan ada rasa sedih juga. Walaupun begitu saya tetap cuba terima hakikat kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi dan saya pernah rasa bersalah juga kepada Ilahi kerana jadi seperti orang yang tidak bersyukur. Apabila kesedaran muncul, barulah saya cuba untuk terima hakikat dengan perlahan.
          Insya Allah pasti ada hikmahnya..ingatlah wahai saudara sekalian, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab masih ramai lagi yang tengah tunggu rezeki dengan sabar meskipun sudah lamaaaa mereka menunggu.

p/s: tetap menyimpan hasrat untuk pindah ke tempat kerja lain suatu masa nanti...tempat kerja sekarang ok tapi tidak ok sangat la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Dunia di hujung jari


     
  Zaman kini apa sahaja informasi yang kita nak cari dalam masa yang singkat kita boleh mendapatkannya. Akan tetapi kemahiran dan pengetahuan tentang ICT juga perlu ada supaya apa yang diinginkan dapat diperolehi dengan pantas. Kalau zaman nenek moyang kita dulu sangat susah sekali untuk mendapatkan maklumat apatah lagi gosip-gosip artis namun pada masa kini berita-berita sensasi yang ingin kita ketahui begitu mudah didapati dengan hanya menggunakan lima jari yang kita ada sahaja. Proses mengenali orang lain yang berada jauh daripada kita juga boleh kita kenali mereka atau paling kurang pun mengetahui latar belakangnya, apa yang diminati, siapa buah hatinya dan banyak lagi laa...Siapa sahaja yang masih tidak mengetahui tentang internet sudah pasti dilihat ganjil. Golongan warga emas yang sudah tua pun turut mengetahuinya, sekurang-kurangnya golongan warga emas ini mengetahui apa itu komputer. (Kalau ada yang belum tahu..masalah besar tu tau...hehe..)

         Taip saja nama orang yang anda minat, misalnya artis-artis Korea atau Hollywood sudah pasti anda akan dapat mencari maklumat tentang mereka. Bukan itu sahaja bagi golongan penjenayah yang dahagakan kegiatan jenayah juga menggunakan internet sebagai modus operandi mereka. Saya pernah melihat drama-drama dari luar negara seperti drama Korea, drama dari Amerika, negara Jepun dan juga negara-negara lain yang kesemuanya memberi gambaran bahawa pada masa kini internet merupakan suatu keperluan kepada manusia di bumi ini. Melalui drama-drama tersebut saya dapati bahawa internet sangat mempengaruhi minda manusia pada kini. Buktinya dapat dilihat melalui kegiatan jenayah "menggelapkan duit" dan pencerobohan data-data penting daripada kerajaan sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh pihak media massa. 

Penggodam internet ada dimana-mana...hati2 ye..

Pencuri-pencuri duit pun ramai dah...

     Pendek ceritanya, gaya hidup kita setiap hari adalah memerlukan internet. Pernah bapa saya ceritakan tentang line internet telah terputus dalam masa hanya 10 minit sahaja. Banyak syarikat-syarikat yang telah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Bayangkan betapa dasyatnya situasi tersebut jika internet tiada. Kebetulan bapa saya merupakan salah seorang pekerja daripada syarikat telekomunikasi swasta..jadi tahulah saya serba sedikit tentang masalah yang pernah melanda syarikat mereka. Kemudahan internet ini sememangnya memudahkan kerja-kerja pengurusan manusia terutama sekali yang melibatkan urusan penting. Namun dalam masa yang sama juga internet juga menyusahkan manusia, saya katakan sedemikian kerana internet juga memerlukan elektrik untuk menghidupkannya dan jika tiada elektrik maka tiadalah internet, jika tiada internet maka urusan-urusan yang melibatkan internet juga terbantut dan mungkin lebih dasyat lagi manusia-manusia di muka bumi ini akan menjadi seperti "cacing kepanasan" secara berjemaah. Sebabnya manusia pada hari ini sudah terbiasa hidup bersama dengan internet (termasuklah admin blog ini).

Internet mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat..erk?


          Jika dahulu berita-berita dari luar negara begitu lambat sekali sampai ke pengetahuan negara-negara lain, namun pada masa kini dalam masa 2, 3 minit sahaja berita tersebut sudah sampai ke pengetahuan kita. hebat kan...fitnah di internet pun banyak, kebenaran tentang sesuatu pun banyak juga dan sampai satu tahap untuk mengetahui antara kebenaran dan fitnah sukar sekali untuk dibezakan. Pada masa kini juga semua orang boleh menjadi "wartawan ekspress", buktinya ialah stesen-stesen berita ataupun media massa akan merujuk berita-berita yang dikongsi oleh pengguna laman sosial seperti Facebook. Adakalanya, pengguna Facebook yang terlebih dahulu sampai ke tempat kejadian dan menyebarkan berita tersebut melalui laman sosial. Sampai satu tahap tu, ada saya terlihat salah satu syarikat media massa yang telah meng "copy, paste" informasi daripada pengguna laman sosial tersebut dan kemudian menyiarkan di TV yang menunjukkan selah-olah mereka yang terlebih dahulu mengetahui tentang perihal tersebut. Saya katakan sedemikian bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak akan tetapi lebih menunjukkan bukti bahawasannya kuasa di hujung jari ini mempunyai pengaruh yang cukup besar sekali.

Tinggi juga kadar peratusnya..hermm...
   
       Jadi kesimpulannya, gunakanlah internet yang ada dengan sebaik mungkin walaupun diri sendiri tidaklah sebaik mana pun. Bila mencari informasi atau ilmu daripada internet sebaiknya kita selidiki dahulu atau dalam bahasa yang mudah jangan terima bulat-bulat la...dikhuatiri kita akan mendapat info yang salah. Terutama sekali info yang melibatkan soal akidah dan semoga kita semua terhindar daripada ilmu-ilmu yang salah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Assalamualaikum pembuka bicara...cuti2 bermula

      Assalamualaikum seantero dunia..hew3... Time cuti2 yang agak panjang nie biasanya saya stay dirumah saja. takda yang istimewa sangat kalau dilihat daripada pandangan mata kasar tapi bagi saya tetap istimewa sebab inilah ruang dan peluang saya bersama keluarga di kampung (^_^). Baru genap 4 hari saya berada di rumah dan benda 1st sekali yang saya cari2 adalah kamera DSLR saya laa..apa lagii..hehe..kamera biasa saja sesuai untuk photographer amatur macam saya nie...
      Nak dijadikan cerita la kann (saja mau share cerita)..saya memang suka dalam bab2 ambil gambar dan asal kawan saya nak bergambar selalunya mesti saya yang kena minta tolong ambil gambar (kebetulan ada dekat2 dengan diorang kan..maka jadilah mangsa keadaan [>_<'] )..tapi takpa saya ok ja bhaa...memang minat juga ambil gambar2 nie jadi bak kata pepatah "Aiman tak kesah~" . Kalau pasal gambar2 nie memang suka sangat dan sebab tulah sanggup beli kamera sebab nak belajar pasal ilmu teknologi. di bawah nie..antara gambar2 yang saya dah try snap guna kamera saya..kalau tidak cantik diam2 saja k..tapi kalau cantik gambar tu..teramat sesuai dibising2 kan..hahaha..jemput tengok2 di bawah ini..hew2..layannn~

Kupu-kupu hinggap :)


nie kucing namanya Yurin


Menara Jam Tuaran

Bunga mama sayaa


P/S: gambar nie tiada edit2..hehe..sekian itu sahaja untuk kali ini...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0