Powered by Blogger.
RSS

Dunia di hujung jari


     
  Zaman kini apa sahaja informasi yang kita nak cari dalam masa yang singkat kita boleh mendapatkannya. Akan tetapi kemahiran dan pengetahuan tentang ICT juga perlu ada supaya apa yang diinginkan dapat diperolehi dengan pantas. Kalau zaman nenek moyang kita dulu sangat susah sekali untuk mendapatkan maklumat apatah lagi gosip-gosip artis namun pada masa kini berita-berita sensasi yang ingin kita ketahui begitu mudah didapati dengan hanya menggunakan lima jari yang kita ada sahaja. Proses mengenali orang lain yang berada jauh daripada kita juga boleh kita kenali mereka atau paling kurang pun mengetahui latar belakangnya, apa yang diminati, siapa buah hatinya dan banyak lagi laa...Siapa sahaja yang masih tidak mengetahui tentang internet sudah pasti dilihat ganjil. Golongan warga emas yang sudah tua pun turut mengetahuinya, sekurang-kurangnya golongan warga emas ini mengetahui apa itu komputer. (Kalau ada yang belum tahu..masalah besar tu tau...hehe..)

         Taip saja nama orang yang anda minat, misalnya artis-artis Korea atau Hollywood sudah pasti anda akan dapat mencari maklumat tentang mereka. Bukan itu sahaja bagi golongan penjenayah yang dahagakan kegiatan jenayah juga menggunakan internet sebagai modus operandi mereka. Saya pernah melihat drama-drama dari luar negara seperti drama Korea, drama dari Amerika, negara Jepun dan juga negara-negara lain yang kesemuanya memberi gambaran bahawa pada masa kini internet merupakan suatu keperluan kepada manusia di bumi ini. Melalui drama-drama tersebut saya dapati bahawa internet sangat mempengaruhi minda manusia pada kini. Buktinya dapat dilihat melalui kegiatan jenayah "menggelapkan duit" dan pencerobohan data-data penting daripada kerajaan sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh pihak media massa. 

Penggodam internet ada dimana-mana...hati2 ye..

Pencuri-pencuri duit pun ramai dah...

     Pendek ceritanya, gaya hidup kita setiap hari adalah memerlukan internet. Pernah bapa saya ceritakan tentang line internet telah terputus dalam masa hanya 10 minit sahaja. Banyak syarikat-syarikat yang telah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Bayangkan betapa dasyatnya situasi tersebut jika internet tiada. Kebetulan bapa saya merupakan salah seorang pekerja daripada syarikat telekomunikasi swasta..jadi tahulah saya serba sedikit tentang masalah yang pernah melanda syarikat mereka. Kemudahan internet ini sememangnya memudahkan kerja-kerja pengurusan manusia terutama sekali yang melibatkan urusan penting. Namun dalam masa yang sama juga internet juga menyusahkan manusia, saya katakan sedemikian kerana internet juga memerlukan elektrik untuk menghidupkannya dan jika tiada elektrik maka tiadalah internet, jika tiada internet maka urusan-urusan yang melibatkan internet juga terbantut dan mungkin lebih dasyat lagi manusia-manusia di muka bumi ini akan menjadi seperti "cacing kepanasan" secara berjemaah. Sebabnya manusia pada hari ini sudah terbiasa hidup bersama dengan internet (termasuklah admin blog ini).

Internet mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat..erk?


          Jika dahulu berita-berita dari luar negara begitu lambat sekali sampai ke pengetahuan negara-negara lain, namun pada masa kini dalam masa 2, 3 minit sahaja berita tersebut sudah sampai ke pengetahuan kita. hebat kan...fitnah di internet pun banyak, kebenaran tentang sesuatu pun banyak juga dan sampai satu tahap untuk mengetahui antara kebenaran dan fitnah sukar sekali untuk dibezakan. Pada masa kini juga semua orang boleh menjadi "wartawan ekspress", buktinya ialah stesen-stesen berita ataupun media massa akan merujuk berita-berita yang dikongsi oleh pengguna laman sosial seperti Facebook. Adakalanya, pengguna Facebook yang terlebih dahulu sampai ke tempat kejadian dan menyebarkan berita tersebut melalui laman sosial. Sampai satu tahap tu, ada saya terlihat salah satu syarikat media massa yang telah meng "copy, paste" informasi daripada pengguna laman sosial tersebut dan kemudian menyiarkan di TV yang menunjukkan selah-olah mereka yang terlebih dahulu mengetahui tentang perihal tersebut. Saya katakan sedemikian bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak akan tetapi lebih menunjukkan bukti bahawasannya kuasa di hujung jari ini mempunyai pengaruh yang cukup besar sekali.

Tinggi juga kadar peratusnya..hermm...
   
       Jadi kesimpulannya, gunakanlah internet yang ada dengan sebaik mungkin walaupun diri sendiri tidaklah sebaik mana pun. Bila mencari informasi atau ilmu daripada internet sebaiknya kita selidiki dahulu atau dalam bahasa yang mudah jangan terima bulat-bulat la...dikhuatiri kita akan mendapat info yang salah. Terutama sekali info yang melibatkan soal akidah dan semoga kita semua terhindar daripada ilmu-ilmu yang salah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment